top of page
Picture32.png
Picture30.png

AKTIVITI

KELAB.

MEMPERGIAT TEATER

Fokus kelab untuk menerbitkan teater yang berkualiti dan bertaraf tinggi. Kelab ini berhasrat untuk menerbitkan sebuah teater besar sekali dalam setahun dan untuk meninggikan nilai kualiti teater di Negeri Sembilan.

KURSUS  TEATER

Satu Kursus Asas Teater telah diadakan kepada golongan remaja. Seramai 32 orang remaja telah menghadiri kursus tersebut. Fasilitator kursus adalah di kalangan ahli yang lama dan berpengalaman.

PENULISAN SKRIP

Bermula pada bulan Julai satu bengkel penulisan skrip telah diadakan di kalangan ahli. Hasilnya sebuah skrip bertajuk ‘Tanjong’ telah diterbitkan.

CERAMAH TEATER

Beberapa siri ceramah teater telah dijalankan untuk memberi semangat memberi tahu umum tentang kepentingan dan fungsi teater. Ceramah dihadiri oleh penggiat dan penggemar teater. Ceramah ini juga adalah untuk motivasi kepada mereka yang ingin aktif dalam bidang teater.

PEMENTASAN TANJONG 
DI ENCORE MELAKA

PEMENTASAN TEATER TANJONG
DI ISTANA BUDAYA
KUALA LUMPUR

AKTIVITI
TAHUN 2022.

Teater Tanjong akan dipentaskan di Dewan Encore, Impression City,

Melaka bermula 4 hingga 6 Jun 2022. Terbuka kepada umum. Dapat tiket untuk menonton

Teater Tanjong akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 9 hingga 11 h. September 2022. Saksikan kehebatan Tanjong. Terbuka kepada umum. Dapatkan tiket untuk menonton.

KURSUS ASAS TEATER DAN KURSUS LANJUTAN TEATER 

2 Kurus Teater akan dijalan pada Disember 2022:

1. Kursus Asas Teater

2. Kursus Lanjutan Teater.

Yuran RM 250 untuk 5 Siri Latihan sepanjang November dan Disember 2022. 

tanjung.png

TEATER

TANJONG.

Karya & Arahan:  

Dr. AhmadRashidi bin Hasan

SINOPSIS:

Empat pementasan teater TANJONG akan diadakan sebagai Acara Visit Malaysia Year 2020 (VMY 2020) Pementasan ialah pada April, Julai, September dan Disember. Tanjong menggarap dua kisah dalam satu teater. Pertama, kematian Dato Penghulu Luak Tanjong di Tanah Seberang (Minangkabau) ketika mencari perlindungan untuk keselamatan bumi Tanjong dari ancaman luar (Bugis dan Belanda) menyebabkan Luak Tanjong kehilangan pemimpin. Jawatan ini yang sepatutnya digilirkan oleh Dato Perdana, mengikut Adat Perpatih, tetapi telah dituntut oleh Baroq, anak Dato Penghulu Luak Tanjong kerana mahu jawatan itu diwarisi. Perebutan ini menjadi konflik berpanjangan.

Kedua, Tanjong ialah seorang gadis ayu anak Dato Penghulu Luak Tanjong (adik Baroq) yang dalam percintaan dengan Anjang, anak Dato Perdana. Ketika  Tanjong diculik oleh Ba’ai, Orang Gunung, dia telah diselamatkan oleh Dabur, abang Anjang. Dabur (seorang bongkok) menuntut untuk memperisterikan Tanjong kerana telah berkorban nyawa demi menyelamatkan Tanjong. Perebutan  cinta Tanjong oleh kedua beradik ini menambah konflik di bumi Tanjong.

Teater ini berlatar belakangkan Adat Perpatih Negeri Sembilan. Ia telah dipertontonkan kepada pakar-pakar dan Dato-Dato Adat dan Tanjong telah diterima baik dan disahkan untuk dipentaskan. Penasihat Adat Perpatih ialah Dato Perdana Abd Khalid bin Ujang.

Loghat Bahasa Daerah Negeri Sembilan, laras bahasa orang biasa yang mudah difahami. Keindahan dialog, penggunaan bunga-bunga Bahasa Negeri Sembilan dan bahasa Teromba Adat Perpatih yang hanya sesuai dipersembahkan dengan loghat Bahasa Negeri Sembilan.

Trailer

Tanjong

JOM SERTAI KAMI

bottom of page