top of page
Picture31.png
Picture32.png
Picture30.png
Line separator

PENGENALAN
KELAB

LATAR  BELAKANG.

Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan secara rasminya ditubuhkan pada 2019. Hakikatnya ahli kelab ini telah lama bergiat teater, sejak 1982 lagi drngan teater ‘Si Bongkok Tanjong Puteri’ (1982). Kelab ini bergiat di Kuala Pilah dan menerbitkan 7 teater sepanjang   80an dan 90an.

Pemecahan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan kepada  dua Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan pada tahun 90an menyaksikan Pejabat Kebudayaan tidak lagi  wujud di daerah-daerah termasuklah daerah Kuala Pilah. Tanpa jabatan ini di peringkat daerah menyebabkan aktiviti teatar kumpulan ini terbantut .

Minat dan komitmen ahli kelab ini terus lestari dan dengan kemudahan yang ada semasa ini, ahli-ahli kelab telah didatangi semangat untuk bergiat semula dan menghidupkan kumpulan ini untuk bergerak aktif.

Pada 2018, usaha-usaha awal dijalankan untuk mencari dan mengumpul penggemar dan penggiat teater. Untuk menambah keahlian diadakan kursus asas teater pada penghujung 2018 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

2019 adalah tahun kebangkitan kumpulan ini. Dua teatar diterbitakan  ia itu KERBAU dan TANJONG. Kedua-dua teater itu telah mendapat sambutan yang baik dari audien.

Kedua-dua teater juga telah dimasukkan dalam acara Program Tahun Melawat Malaysia 2020  dan kini pihak kelab sedang giat berusaha untuk  membuat  6 persembahan untuk  KERBAU dan 8 persembahan untuk TANJONG.

Usaha untuk mencari dana giat dilaksanakan dengan memohon dana kesenian dari bada-badan korporat melalui insentif pelepasan cukai pendapatan syarikat di abwah  SUBSEKSYEN 44(6), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967. Semoga segala dan usaha berjaya.

GAMBAR

AKTIVITI.

SEJARAH.

1982

Si Bongkok Tanjong Puteri di Seremban

1983

Kerusi di Kuala Pilah

1987

Uda dan Dara di Kuala Pilah

1990

Kerbau di Dewan Orang Rama Tanjong Ipoh

1992

Too Wah dan Chee Bah di Dewan Orang Ramai Tg Ipoh.

2018

Tahun 2018 merupakan tahun kebangkitan kumpulan teater ini dengan mencari ahli baru melalui Kursus Asas Teater pada bulan Oktober lalu. Kumpulan ini berdaftar secara rasmi dengan nama Kelab Teater ASAR.

2019

Kelab ini telah berjaya mementaskan Teater Tanjong dengan cemerlangnya menambah giat perkembangan teater di Negeri Sembilan. KERBAU juga dipentaskan.

2020

Teater TANJONG terpilh sebagai item dalam acara  bagi Program Visit Malaysia Year 2020 dan telah merancang untuk mempersembahkan TANJONG di empat venue di Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.

bottom of page