top of page
Picture31.png
Picture32.png
Picture30.png
Line separator

JAWATANKUASA

KELAB

PENGASAS

KELAB.

Picture13.png

Dr. AhmadRashidi Bin Hasan

Anak seni kelahiran Tanjong Ipoh N. Sembilan. Seorang ahli akademik, seniman pelukis, kurator, penulis, pengarah dan jurulatih teater. Mantan Profesor Madya, Pensyarah di Universiti Teknologi MARA,  Alor Gajah Melaka.

Berkelulusan Ph.D (UiTM Shah Alam) dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka (Kesenian Islam), mendapat didikan awal di Batu Kikir dan pendidikan tinggi di ITM Shah Alam.

Telah menulis dan menerbitkan 12 buah buku, membentangkan 72 kertas penyelidikan, mempamerkan 32 buah  lukisan dalam 7 pameran berkumpulan dan mengarahkan 6 buah teater dan kurator bagi 8 pameran lukisan sepanjang karier nya.

KEAHLIAN

Kini keahlian kelab terdiri  daripada 30 orang ahli dan 22 orang ahli remaja.

PENGGIAT

KELAB.

Picture23.png

Jasmi Abas

Pengerusi Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan

Seorang pengurus syarikat swasta, antara yang kuat memberi sokongan kepada kegiatan Teater ASAR. Seorang seniman, pelakon dan pengarah, Jasmi pernah berlakon dalam Si Bongkok Tanjong Puteri (1982), Kerusi (1986) Kerbau (1992/ 2019) dan adalah Penolong Pengarah Teater Tanjong 2019/ 2020. Memiliki pengetahuan pengurusan yang baik banyak membantu memajukan kelab.

Nor Syuhada Ahmadrashidi

Pengarah Urusan

Picture24.png

Timbalan Pengerusi Kelab Teater ASAR

Fadhil Majid

Seorang lulusan Bussiness Admin (UK) dan bekerja sendiri, beliau terlibat  dalam produksi kelab ‘Si Bongkok Tanjong Puteri’ (1982), Pengarah Teater ‘Kerusi’ (1986), Pengarah Teater ‘Kerbau’ (2019) dan membawa watak Tok Perdano dalam Tanjong (2019). Kekuatan beliau ialah kepada lakonan dan banyak memberi tunjuk ajar kepada pelakon baru Kelab dan terlibat dalam penulisan skrip.

Picture25.png

Bendahari Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan

Fadle Isa

Seorang guru kanan, tetapi turut terlibat dalam pengarahan teater dan pengurusan pentas teater. Memegang watak ‘Jin Afrit’ dengan jayanya dalam ‘Tanjong’, (2019) watak ‘Pak Ali’ dalam ‘Kerbau’, watak ‘Chee Bah’ dalam ‘Tuah dan Chee Bah (1992) ternyata Fadle adalah seorang pelakon yang sangat berbakat.

PENGGIAT

KELAB.

Picture23.png

Jasmi Abas

Pengerusi Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan

Seorang pengurus syarikat swasta, antara yang kuat memberi sokongan kepada kegiatan Teater ASAR. Seorang seniman, pelakon dan pengarah, Jasmi pernah berlakon dalam Si Bongkok Tanjong Puteri (1982), Kerusi (1986) Kerbau (1992/ 2019) dan adalah Penolong Pengarah Teater Tanjong 2019/ 2020. Memiliki pengetahuan pengurusan yang baik banyak membantu memajukan kelab.

Nor Syuhada Ahmadrashidi

Pengarah Urusan Kelab Teater ASAR

Seorang peminat dan penggemar teater, berkelulusan MA (Sarjana) Mass. Comm UiTM, beliaulah nadi penggerak aktiviti teater ini. Pakar dalam membuat kertas kerja dan pengurusan pentas. Terlibat secara langsung sebagai pengurus untuk teater 'Tanjong' dan 'Kerbau' terbitan kelab ini dan menlaksanakan pengurusan teater secara profesional. 

Picture28.png

Ahmad Nur Zamrin Borhan

Setiausaha Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan

Berkhidmat sebagai Penolong Pengurus sebuah syarikat swasta di Seremban, beliau mula berjinak dengan teater pada 1982 (Si Bongkoj Tanjong Puteri),  dan mula memegang wakat penting pada 1986 (Uda dan dara), 1992 (Buah dan Chee Bah) dan terlibat dalam Kerbau (2019—2020). Berkebolehan membawa variasi watak, serius dan jenaka.

Picture29.png

Hazlin Ismail

Ahli Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan

Seorang pegawai Human Resource dengan sebuah syarikat di Cyberjaya, merupakan seorang penyanyi. Beliaulah yang menyanyikan lagu latar dalam kebanyakan teater terbitan Kelab Teater ASAR. 

Muzik dan lagu untuk teater terbitan kelab ini dicipta oleh Aziem Rashidi, berkelulusan Ijazah dalam bidang muzik.

bottom of page