Teater Tanjong Official Istana Budaya 2022.jpg

TEATER TANJONG ISTANA BUDAYA 2022

 
Teater Tanjong Official Istana Budaya 2022.jpg

TEATER TANJONG ISTANA BUDAYA 2022
 

"DARI PILAH KE ISTANA BUDAYA"

Keunikan Teater Adat Perpatih : Tanjong

Teater Tanjong merupakan Teater Purbawara Adat Perpatih mempersembahkan...

  • Seni Tarian Negeri Sembilan (tarian piring dan tarian tradisional)

  • Permainan alat muzik yang sinonim dengan masyarakat Negeri Sembilan (Chak Lempong @ Talempong , tumbuk kalang dan alatan muzik tradisional)

  • Nyanyian & lagu tradisi (Ilham dari lagu rakyat negeri sembilan)

  • Seni Teromba atau Puisi Adat

  • Persembahan Bongai juga dikenali sebagai Latak Kuda, Rentak Kuda atau Petasih

  • Seni Silat Melayu

  • Pertuturan, dialek dan Loghat Negeri Sembilan atau loghat nogori

  • Adat Istiadat Kerjan atau Menabal

  • Pakaian dan budaya setempat 

lakonan dijayakan oleh sebahagian besar pelakon remaja, kanak-kanak dan pelajar universiti.

Tenaga kerja belakang tadbir pula sebahagian besar terdiri daripada Ibu bapa dan ahli keluarga pelakon sendiri.

Kelab NGO pertama yang membuat pementasan teater di Istana Budaya pada tahun 2022.


Sinopsis Teater Tanjong

Tanjong merupakan sebuah kisah yang bertempat di sebuah daerah Luak Tanjong di Negeri Sembilan. Kisah ini merupakan kisah cinta, air mata, pergolakan kuasa, persahabatan dan adat perpatih negeri sembilan. Jom kita saksikan persembahan teater di Istana Budaya.

Kisah bermula dengan persahabatan Anjang dan Baroq. Pertalian mereka ibarat saudara dan dikuatkan lagi dengan persahabatan ayah mereka dan ikatan cinta antara adik Baroq, iaitu Tanjong bersama Anjang.

 

Apabila daerah berdekatan mereka diserang Bugis dan Belanda, persahabatan mereka diuji apabila ayah Baroq, ketua luak tersebut, meninggal dunia dalam perjalanannya ke Pagaruyung untuk meminta bantuan. Ini mengakibatkan berlakunya ketandusan kepimpinan di daerah tersebut.


Mengikut adat perpatih, posisi ketua perlu digilirkan dan bukannya diwariskan. Akan tetapi Baroq menuntut menjadi pemimpin dan mengakibatkan berlaku persengketaan berdarah di daerah Tanjong.

Program Istana Budaya 2022

 

Terdapat pelbagai persembahan yang dipaparkan di Istana Budaya pada tahun 2022. Teater Tanjong merukan teater ke 2 dan NGO pertama yang mempersembahkan seni teater pada tahun ini. Anda boleh semak senarai penuh program istana budaya melalui portal rasmi istana budaya website.

 

Promosi Istana Budaya Tiket

  • Tiket DISKAUN 10% Early Bird dibuka sehingga 1 Ogos 2022. Dapatkan tiket teater tanjong sekarang!

  • Untuk pembelian melebihi 10 tiket dan ke atas, nikmati diskaun 10% menggunakan PROMOCODE TANJONGBULK10


 

 
 
 
Sebahagian persembahan menarik apabila menonton
Teater Tanjong

Pelakon Undangan / Guest Actor 
 

  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Perdano Andika

 

Penampilan Khas / Special Appearance 

 

  • Kartunis Ujang

  • Penyanyi lagenda Negeri Sembilan , Ulong Bakar


Lokasi / Location 
 

Istana Budaya Kuala Lumpur
Panggung Sari Istana Budaya
https://goo.gl/maps/NDtoVjwzT2vezhXf6

Tarikh & Masa / Date & Time


9 - 11 September 2022, 8.30PM

 

Harga / Price

  • ZONE MERAH RM100

  • ZONE UNGU RM70

  • ZONE KELABU RM50

  • ZONE KUNING RM50

*Pautan tempat duduk boleh semak melalui laman web rasmi istana budaya ticket.

 

Perhatian
 

  • Setiap harga tiket termasuk RM4.00 caj pemprosesan

  • Caj Kad Debit & Kredit adalah tertakluk kepada 3% untuk keseluruhan harga tiket

  • Pembelian melalui FPX adalah tertakluk kepada RM5.00 untuk setiap transaksi

  • Tayangan sesuai untuk ditonton bersama dengan kanak-kanak (6 tahun ke atas) dan remaja.

  • Alih bahasa disediakan dalam Bahasa Inggeris

  • Sila pastikan anda mengikut istana budaya dress code yang sesuai.


Jom sama-sama kita menyokong Teater Malaysia. Teater Purbawara Melayu. Jemput hadir dan menyokong teater di Istana Budaya tahun 2022.